Menteri Kesihatan telah mengesahkan kes terbaru Virus Corona Di Malaysia yang melibatkan wanita berumur 83 tahun dari Amerika Syarikat menjadikan jumlah kes Virus Corona di Malaysia sebanyak 22 kes setakat hari ini, 16/2/2020.
Wanita tersebut bersama-sama suaminya adalah antara 145 penumpang yang terbang dari Pelabuhan Sihanoukville, Cambodia ke Malaysia selepas kapal cruise dari Emsterdam itu melabuhkan pelayaran di pelabuhan tersebut.
Di fahamkan bahawa Kapal Cruise itu tidak mempunyai kebenaran dan ditolak untuk mendarat di Jepun, Taiwan, Thailand, Filipina dan Wilayah AS guam.
Dilaporkan keadaan wanita tersebut dalam keadaan stabil dan dirawat di wad pengasingan Hospital Sungai Buloh.
Pengarah Kesihatan, General Dr Noor Hisham Abdullah berkata Wanita tersebut bersama-sama suaminya menunjukkan gejala apabila kesihatan mereka diuji semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan dirujuk di Hospital Sungai Buloh selepas wanita tersebut disahkan positif coronavirus.
"Suaminya yang berumur 85 tahun disahkan negatif namun tetap dirawat di hospital yang sama" tambahnya.
Virus yang berlaku di Wuhan, China ini telah menuntut lebih daripada 1,500 nyawa dan dijangkiti lebih 67,000 orang di seluruh dunia.
Comments