top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

Sabah: Letupan dan dinding roboh di sebuah klinik pergigian putatan

PENAMPANG: Sebuah klinik pergigian di Putatan mengalami kerosakan teruk apabila kebakaran kecil yang berlaku di premis berkenaan disusuli dengan letupan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari tadi itu, letupan berkenaan turut menyebabkan dinding belakang klinik berkenaan roboh selain pintu kaca di bahagian hadapan juga berkecai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zainal @ John Radsung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 1.05 tengah hari.


Katanya, sepasukan 17 anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, keadaan premis klinik pergigian yang terletak di tingkat satu berkenaan mengalami kerosakan teruk di bahagian depan dan belakang premis.


“Api berjaya dipadam oleh orang awam menggunakan alat pemadam api dan pasukan bomba yang tiba di lokasi segera melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi punca yang boleh mencetuskan kebakaran atau letupan semula,” katanya ketika dihubungi.


Sumber ayat dan gambar: BeritaSabah

133 views0 comments

Comments


bottom of page