top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

Sarawak: Seorang lelaki berlagak samseng memukul pekerja stesen minyak kerana ditegur tak pakai mask

Walaupun PKPB telah tamat namun sepatutnya kita harus mengikut SOP yang telah ditetapkan bagi membendung sepenuhnya gejala covid-19 ini.

Sumber: News.Allmhi


Lain pula kejadian yang berlaku di Bintulu, Sarawak ini apabila tular rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki bertindak memukul seorang pekerja stesen minyak di Sungai Plan.


Berdasarkan maklumat yang diterima, lelaki tersebut bertindak memukul pekerja stesen minyak kerana sakit hati setelah ditegur oleh seorang pekerja bahawa beliau tidak boleh masuk ke dalam premis stesen minyak kerana tidak memakai pelitup muka dengan betul.

Menurut rakaman CCTV ini, lelaki tersebut memukul mangsa di luar kedai dan terdapat seorang lagi pekerja cuba menghalang tindakan tersebut namun tidak berjaya.


Difahamkan, laporan polis telah dibuat terhadap lelaki terbabit, dan kini diharapkan agar suspek segera menyerah diri bagi membantu siasatan.


Ramai netizen yang tidak puas hati dan rata-rata bersimpati dengan pekerja yang dibelasah itu.

Namun berlainan pula dengan undang-undang negara malaysia.

Pasar raya, kedai tak boleh paksa pelanggan pakai pelitup muka.Pihak pasar raya atau kedai diingatkan agar tidak membuat undang-undang sendiri, menghalang orang ramai yang tidak memakai pelitup muka daripada memasuki premis mereka.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pemakaian pelitup muka bukan sesuatu yang diwajibkan oleh peraturan atau undang-undang ketika krisis COVID-19 sekarang.Berikutan itu, katanya, tidak menjadi kesalahan jika ada yang tidak memakai pelitup muka dan pengurusan mana-mana premis perniagaan tidak boleh menghalau pelanggan yang tidak memakainya.


“Saya berharap pasar raya atau kedai tidak mengambil undang-undang sendiri dengan mengenakan sesuatu halangan yang bertentangan dengan peruntukan serta peraturan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.


“Tidak boleh halau dan paksa pelanggan balik rumah dulu. Ini tidak boleh kerana bertentangan dengan akta itu,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung selepas mesyuarat khas Menteri-Menteri Mengenai PKP di Putrajaya, hari ini.


Ismail Sabri menjelaskan, kerajaan bagaimanapun menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka untuk menjaga keselamatan diri dan orang lain terutama mereka yang mempunyai gejala.


Bagi mengelakkan pelanggan pulang dengan tangan kosong kerana tiada pelitup muka, beliau memminta pengurusan pasar raya dan kedai menjual bahan berkenaan kepada pengguna di pintu masuk.


“Saya mencadangkan pasar raya letakkan (pelitup muka) di luar dan jual jika itu diperlukan dan ditetapkan kepada pelanggan mereka, tetapi perlu diingatkan pemakaian topeng muka tidak wajib dan tiada dalam peraturan dan undang-undang,” katanya.


Beliau mengulas aduan sesetengah pihak yang mendakwa, ada pengurusan pasar raya tidak membenarkan pelanggan masuk sekiranya tidak memakai pelitup muka.


Sumber: FB dan NewsAllmhi

42 views0 comments

Comments


bottom of page