top of page

Video: "Bangla boleh jadi ahli parlimen pada 2035"

Kuala Lumpur – Marah kerana sering dihina, seorang lelaki warganegara Bangladesh memuatnaik rakaman video bagi meluahkan rasa hatinya.

Kredit Foto: cempedakcheese


Melalui satu klip berdurasi 6 minit 08 saat, lelaki tersebut berkata mahu memastikan anaknya menjadi salah seorang ahli parlimen di negara ini menjelang tahun 2035.


Saksikan video di bawah:

Kredit Video: SuaraTV


Lelaki yang tidak diketahui identitinya itu turut merayu kepada semua pihak agar berhenti menghina dan menjadi para pekerja Bangladesh sebagai kambing hitam.

Dia turut menegaskan para pekerja warganegara Bangladesh hanya ingin bekerja mencari rezeki di negara ini dan bukan mendatangkan masalah kepada sesiapa.


Bagaimanapun pihak kami tidak dapat memastikan bila dan di mana klip video itu dirakam serta kepada siapa kemarahan tersebut ditujukan.


Dipercayai, ia ekoran kecaman netizen yang dilemparkan berhubung isu pekerja asing baru-baru ini. – SuaraTV


Sumber: SuaraTV, cempedakcheese

Comments


Subscribe to Our Newsletter

Thanks for submitting!

  • White Facebook Icon

© 2020 oleh AWALBAH. Milik penuh PIN PAGES ENTERPRISE.

bottom of page