top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

UK: Seorang lelaki ditahan kerana sembunyikan Isterinya dalam but kereta semasa PKP

Seperti "Cacing Kepanasan". Inilah ayat yang paling sesuai kepada rakyat yang begitu degil sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Bermacam gelagat, aksi dan kretiviti yang dibuat oleh rakyat yang tak tahan duduk rumah dan fikir pelbagai idea nak keluar dari rumah.

Selain dari memberi alasan yang tidak masuk akal, ada yang sanggup buat apa saja demi melepasi sekatan kawalan jalan raya oleh pihak berkuasa.


Kejadian seperti di United Kingdom (UK) ini, seorang pemandu ditahan oleh pihak polis setelah melalui sekatan jalan raya di kawasan bandar dengan alasan ingin mengambil barang pembeliannya iaitu tingkap kaca yang berharga $15 (RM80) yang dibelinya secara online.


Tetapi seorang pegawai polis terperanjat apabila mendapati ada seorang wanita yang juga isteri kepada lelaki tersebut berada di dalam but keretanya setelah membuat sedikit "checking" pada kereta tersebut.


Menurut kepada Polis North West Motorway itu, lelaki tersebut memandu selama 2 jam sejauh 200km dari Coventry ke Salford untuk mengambil tingkap kacanya itu. Menurut pihak polis, lelaki tersebut memberi alasan bahawa isterinya tak muat di dalam kereta selepas mengambil tingkap kaca tersebut jadi membuat keputusan untuk baring di dalam but kereta sepanjang perjalanan pulang. Wow! 2 jam tu!


Lelaki tersebut kemudiannya disaman kerana melanggar arahan pihak berkuasa dengan melakukan perjalanan tidak penting (non-essential travel.)


UK melaksanakan perintah kawalan pergerakan mulai malam isnin (waktu tempatan) susulan peningkatan wabak covid-19 di negara tersebut. Rakyat di negara itu hanya dibenarkan keluar untuk membeli makakan, ubat-ubatan dan keluar untuk tugasan kecemasan sahaja.



30 views0 comments

Commentaires


bottom of page