Pada 12 mei lalu kerajaan telah mengumumkan untuk kesemua pemilik kedai/syarikat untuk mendaftar nama dan nombor telefon pelanggan mereka untuk jejak kenalan covid-19.
Sehubungan dengan itu, kesemua kedai, pasar raya, bakeri, restoran, kedai hardware, elektronik dan banyak lagi syarikat yang berdaftar untuk menyediakan buku pendaftaran mereka dan meminta kesemua pelanggan mereka yang datang untuk menulis informasi mereka di dalam buku.
Namun begitu, lain pula ceritanya apabila seorang wanita yang meninggalkan nama dan nombor telefon di sebuah pasaraya NSK diganggu oleh seorang warga asing yang cuba untuk memikat hatinya.
Kisah yang dikongsikan oleh pemilik akaun fb bernama Nurhas Nsz itu pada mulanya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai supaya berhati-hati apabila meninggalkan no telefon namun telah mendapat perhatian netizen sehingga dikongsikan sebanyak 714 kali di media sosial ketika artikel ini ditulis.
Ini merupakan kapsyen di dalam post tersebut.
Assalamualaikum salam ramadhan😊
Aku update ni kerana untuk mengingatkan wanita2 diluar sana..Aku diganggu oleh warga asing!
Ahad 17/5/2020 lebih kurang jam 5ptg aku dgn suami pergi nsk selayang utk membeli barang dapur,sebelum masuk nsk kena cek suhu badan dan isi nama n no hp(arahan PM pasal isu covid),dan aku masuk berjalan asing dgn suami tapi jarak tak jauh la..lebih kurang jam 5.40pm aku ada terima panggilan dari aplikasi whatssap dan aku bercakap hanya 48saat(aku ada nyatakan gambar) aku tanya dia siapa sbb no tak kenal,dia ckp nak kenal dgn aku n dia bgtau amik no dlm fb dan terus aku matikan hp n bgtau suami..suara nepal..suami terus ckp mungkin nepal kat depan td kot (staff nsk) dan aku malas nak pkir trus silent hp n simpan dalam handbag dan terus membeli..dan byk kali dia call,vdeo call tapi aku tak layan sbb kebetulan bz sgt2..
isnin 18/5/2020 jam lebih kurang 2.17am,dia ada call n vdeo call lg dan menyatakan dia amik no aku dkt nsk,so betul la apa yg suami aku kata tu..dan mlm tu suami aku kerja so aku terus wsap bgtau suami psl ni,aku screenshoot bgtau suami..ikutkan masa sahur tu terus nk pegi buat report tapi kawan ckp report kena jam 8pg keatas..so tgu sampai pg n aku dgn suami buat report..selepas selesai,aku dgn suami terus pergi NSK selayang utk jumpa manager(tapi aku tunggu dlm kereta sbb takut dan suami tak bg keluar)..pihak NSK cakap takde pekerja nama Ahmad seperti yg dia bgtau dalam wsap itu yg namanya Ahmad..dan pihak nsk minta resit pembelian sebagai bukti yg kami pergi sana,Allahu nasib baik aku simpan lg resit tu sbb style aku suka buang terus resit (lepas ni kena simpan resit) dan pihak nsk berulang kali cakap takde staff nama Ahmad..okay so suami mintak tgk rakaman cctv utk pastikan siapa Ahmad..pihak nsk bg tgk cuma dia minta kerjasama tak boleh record..
suami dan beberapa orang(kwn suami dan org NSK) tgk rakaman itu,okay mmg bukan staff nsk dan aku minta maaf kerana buat report mengatakan staff nsk yelaa sbb masa nk tulis nama tu pekerja nepal berpakaian nsk 2 3 org dkt situ..so suami mengatakan ada 2 orang warga asing (tak nampak sgt muka sbb pakai mask) sedang memerhatikan aku dan cuba berjalan tepi aku tapi dia patah balik semula pergi ke meja buku yg isi nama n no hp dan keluarkan hp dia utk amik no aku!
dan masa dia start call pada jam 5.39pm(aku tak jwb sbb tak dgr) masa tu dia berhampiran dgn aku! dan 5.40pm aku jwb panggilan itu pun dia masih berhampiran dgn aku! dia ikut kemana aku pergi(dalam nsk)..warga asing ni memang jenis tak takut org ke? sbb dia dh nampak aku berdua dgn suami memilih barang tapi masih ikut aku..dan dia tidak membeli apa2 barang (tgk melalui rakaman cctv) cuma hanya ikut dan perhatikan aku..sampai aku keluar nsk tu pun dia masih ikut! Allahu nasib baik suami aku ikut pergi jugak kalau suami aku tak ikut tak tahu apa akan jadi dan kebetulan kereta takde parking dan kami dapat parking dkt hujung2..kalau aku sorg masa tu aku tak dapat bayang apa akan jadi!!
kepada semua wanita,tolong berhati hati..ajak la suami atau sesiapa utk teman kita jgn keluar sorang2..tolong!
walaupun tekaan kami salah(kami fikir staff nsk) tapi si nepal itu tetap salah! kau dah curi no org (isteri org) dan kau kacau2 siap vdeo call bagai untuk apa? panggil sayang2 pulak tu..kau balik la negara asal kau!!
oh ya,surat report tu aku terpaksa tutup sbb dlm report tu aku menyatakan yg staff nsk amik no aku,tapi bukan..jaga diri semua ya terutama wanita2..
oh ya,ada wsap yg dia delete tu sbb dia dah takut kot sbb suami dan beberapa kwn suami call dia..tapi Alhamdulillah sempat aku screenshoot sblm dia delete😊
Rata-rata netizen yang membaca perkongsian tersebut meluahkan rasa kesal kerana kini negara kita dibanjiri oleh warga asing sehingga menggugat keselamatan wanita di Malaysia.
Diharapkan selepas ini ramai wanita diluar sana berhati-hati apabila berhadapan dengan situasi seperti ini. Jika boleh jika nak keluar ke kawasan yang mempunyai wrga asing ini biarlah berteman.
Sumber: FB post - Nurhas Nhz
Comments