top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

Tiada Bazar Ramadan tahun ini - Kedai gunting rambut, kedai cermin mata & salon tutup.

Updated: Apr 15, 2020

Kerajaan tidak lagi meneruskan rancangan membenarkan kedai gunting rambut, kedai cermin mata dan salon kecantikan beroperasi sepanjang PKP dikuatkuasakan.



Selain itu, tidak akan ada Bazar Ramadan pada tahun ini.


Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu berkata ini bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah bagi mencegah penyebaran wabak covid-19.


Kerajaan juga membuat keputusan bahawa kesemua pelajar universiti dan kolej untuk terus kekal di tempat masing-masing sekiranya mereka tidak pulang ke rumah.


Ismail Sabri juga berkata keputusan itu dibuat selepas mendengar pandangan rakyat malaysia termasuk pakar, pihak berkuasa, jabatan dan persatuan persendirian yang menyuarakan kebimbangan mereka terhadap perkara tersebut.


Ramai orang berpendapat bahawa jika premis-premis perniagaan ini dibuka semula, ia boleh mewujudkan penyebaran wabak atau kluster yang baru. Oleh itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan agar perniagaan-perniagaan dalam golongan ini untuk terus tutup sepanjang tempoh PKP dan menambah tiada bazar ramadan pada tahun ini selain menasihati pelajar-pelajar universiti dan kolej untuk terus kekal berada di tempat masing-masing.


Ini untuk memastikan semua usaha yang diambil untuk membendung wabak ini tidak sia-sia.


"Kita tidak inginkan ramai orang bergerak secara berkumpulan atau mengikuti mana-mana perhimpunan, untuk mengelakkan terjadinya kluster baru." katanya.


Sumber: TheStar


20 views0 comments

Comments


bottom of page