top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

Tempoh beroperasi bagi pasaraya & servis pengangkutan dipanjangkan semasa Ramadhan

Pasaraya awam dibenarkan beroperasi dengan tambahan 2 jam dari biasa, iaitu pada 6am hingga 2pm di bulan puasa ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berbanding kepada 6am hingga 12pm sebelum ini.

Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga berkata kerajaan telah bersetuju untuk memanjangkan tempoh beroperasi bagi perkhidmatan pengangkutan awam dengan tambahan 1 jam iaitu bermula jam 4pm hingga 10pm berbanding kepada sebelum ini 5pm hingga 10pm.


Beliau berkata, kelewatan waktu operasi adalah untuk membantu umat Islam bersiap sedia untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan.

"Sepanjang Ramadan, SOP (Prosedur Operasi Standard) untuk PKP yang diumumkan untuk ketiga-tiga fasa masih berlaku.”katanya dalam sidang media hari ini, Khamis (23 April). Umat Islam dijangka akan mula menjalani ibadah puasa pada hari esok (Jumaat).


Sumber: TheStar


25 views0 comments

Comments


bottom of page