Filem popular zombie hardcore dari korea ini iaitu Train To Busan akan menemui peminat pada tahun ini dengan kesinambungan dari siri pertamanya. Train to Busan: Peninsula diumumkan oleh produksinya iaitu Next Entertainment World (NEW) pada jumaat lalu.
Setakat ini, tarikh sebenar ditayangkan belum diumumkan namun dijangka menemui peminat pada bulan Ogos tahun ini.
Dipetik dari cerita terakhir Train to Busan, Sekuel ini dijangka mempunyai set yang sama seperti filemnya yang pertama.
Menurut kepada pengarah filemnya, Yeon Sang-Ho, Peninsula berlatarbelakangkan 4 tahun selepas kejadian filem pertamanya di mana seluruh kawasan peninsula kini "dibanjiri" oleh zombie dan mengisahkan survivors yang masih menunggu untuk diselamatkan.
Barisan pelakon utama telah didedahkan iaitu Kwon Hae Hyo, Kim Min Jae, Gang Dong Won, Lee Jung Hyun dan Lee Re.
Filem Train to Busan dikategorikan sebagai filem zombie paling berjaya di Korea Selatan. Filem ini memungut $93.1 Juta seluruh dunia dengan bajet penghasilan $8.5 juta dan merupakan high-rated filem korea di negara seperti Malaysia, Hong Kong dan Singapura. Filem ini juga berjaya menarik minat rakyat Korea sebanyak 11 juta orang.
Comments