top of page
Writer's pictureMr Kadapatan

Rakyat Malaysia membuli bintang kpop So Young disebabkan "stage name"nya - Babi

Baru sahaja Malaysia diminta berhenti membuli bekas Miss Universe Malaysia - Samantha Katie James, namun tabiat membuli ini kini berpindah target ke satu lagi artis kpop yang baru.

Sumber gambar: TheSunDaily


So Young, seorang artis kpop korea selatan dan ahli kepada Kpop group "Fly With Me", dikecam dan dibuli baru-baru ini disebabkan nama pentasnya.


Nama pentasnya ialah "BABI", yang mempunyai maksud berlainan dalam konteks bahasa melayu malaysia yang bermaksud seekor khinzir dan ayat yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia apabila memaki.


Komen membuli yang dilakukan oleh rakyat malaysia ini sudah pasti melukakan hati So Young sehingga artis ini post di Instagram miliknya kepada rakyat Malaysia:


" Why are you doing this to me? Just because my name is your laughing stock."

"Are you fun with this? I am not interested in your language. So it doesn't matter what my name means in your language."

"I didn't know your country, but I don't want to know it anymore."


Walaubagaimanapun, beliau mengucapkan terima kasih bagi yang tetap menyokongnya.

Malangnya, ini bukan kali pertama rakyat Malaysia menunjukkan tingkah laku mereka yang mengganggu penyanyi kerana menggunakan perkataan yang sama.


Penyanyi Dua Lipa pernah diganggu oleh rakyat Malaysia pada tahun 2018 kerana menggunakan perkataan "Babi" untuk memanggil ayahnya. Dua Lipa merupakan seorang Albanian dan dalam bahasa mereka, perkataaan "babi" bermaksud ayah.


Pembulian secara online itu menyebabkan beliau menukar post hari jadi ayahnya itu dari "Happy Birthday Babi" kepada "Happy Birthday, Dad."


Di dalam interview bersama L'Officiel, penyanyi itu menjawab pertanyaan mengenai kes tersebut dan beliau berkata "Ianya sangat kurang ajar kerana saya sudah pasti bukan menggunakan bahasa melayu".


Sikap sesetengah orang malaysia sungguh memalukan negara kita di mata dunia.


Sumber: TheSunDaily

51 views0 comments

Comments


bottom of page