Pada 18 Mei, filem zombie terbaru ini mengumumkan nama barunya bertajuk - #ALIVE - selain mengumumkan penjadualan pelancaran pada akhir bulan jun ini.
Kredit foto: Soompi
"#ALIVE" merupakan sebuah filem genre "survival thriller" mengenai wabak misteri yang secara tiba-tiba merebak di seluruh Seoul yang kemudiannya berkembang sehingga keadaan tidak terkawal, memerangkap beberapa mangsa yang terselamat di apartments mereka tanpa data intenet, WiFi, mesej dan panggilan telefon. Yoo Ah In dan Park SHin Hye akan berlakon sebagai Joon Woo dan Yoo Bin, sebagai dua mangsa yang terselamat yang terkandas di tengah-tengah bandar yang merbahaya itu.
Filem akan datang ini mengeluarkan 2 poster rasmi pada hari ini (18 mei) yang membuatkan penonton merasa tak tenteram dan teruja untuk menontonnya.
Kredit foto: Soompi
Pada poster pertama, kelihatan Yoo Ah In sedang berada di luar balkoni dengan tongkat selfie-nya untuk mencari isyarat telefon atau internet sambil sedia dibaham oleh zombie yang berada di tingkat bawah. Kapsyen yang ditulis "No Data, No Wifi, No Texting, No Calling. Cut off from everything....#ALIVE."
Poster kedua pula menggambarkan kedua-dua protagonis Yoo Ah In dan Park Shin Hye kelihatan ketakutan selepas zombie hampir mencapai kepada bilik apartments mereka. Dalam kapsyen poster tersebut berkata "Seoul, The Republic of Korea. 6:24am. The internet is cut off."
"#ALIVE akan ditayangkan pada penghujung bulan jun 2020.
Sumber: Soompi
Comments