top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

Sebarkan berita palsu - polis tetap ambil tindakan walaupun berita dipadam

Menteri kanan, Ismail Sabri Yaakob memberi amaran bahawa pihak polis tetap boleh menyiasat berita-berita palsu sepanjang PKP ini dan tindakan akan dibuat walaupun berita yang disebarkan telah dipadam.



Baru-baru ini, seorang individu menyebarkan berita palsu yang kemudiannya meminta maaf dan memadam berita tersebut namun beliau tetap dipanggil untuk membuat keterangan.


Setakat hari ini, kedua-dua pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah merekodkan 217 penyiasatan terhadap berita palus mengenai covid-19 dan 162 kes masih di dalam siasatan. 23 daripada kes tersebut telah dibawa ke mahkamah di mana 4 kes didapati bersalah.


Sumber: FMT




P/S: Blog AwalBah adalah dibina, digubal dan diterbitkan kepada terjemahan bahasa yang lebih mudah dan senang difahami. Kesemua berita atau cerita yang ditulis adalah menurut kepada sumber-sumber yang dipercayai selain memberi pautan (link) kepada sumber sebenar dan Team AwalBah tidak berhak untuk menambah informasi yang sedia diterbitkan oleh sumber-sumber rasmi ini.

28 views0 comments

Comments


bottom of page