Semasa temubual khas di ofis Perdana Menteri kelmarin, beliau sempat mengulas beberapa perkara terutamanya isu mengenai pandemik COVID-19 ini.
Kredit Foto: New Strait Times
Beliau berkata fokusnya adalah lebih kepada menyelesaikan isu covid-19 yang menjejaskan ekonomi malaysia sebanyak RM2.4 billion sehari disebabkan oleh rakyat malaysia yang tidak dapat bekerja berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Rakyat sudah bosan dengan politik, mereka hanya inginkan jawapan kepada apa kerajaan sedang buat untuk selesaikan masalah negara"
"Sejak saya jadi Perdana Menteri, saya tak pernah fikir pasal politik, rakyat tak nak mendengarnya buat masa ini."
Ini adalah sebab mengapa beliau tidak pernah memberi ulasan mengenai poltik setakat ini.
"Jika saya bercerita mengenai politik pada waktu sukar ini, rakyat akan berkata saya hanya berbicara mengenai parti politik saya, gabungan parti saya, pemerintahan saya dan kesahihan saya sebelum menyelesaikan isu covid-19 ini."
"Bila waktunya sudah tiba untuk politik, saya akan bercerita mengenai politik." katanya semasa sesi temubual khas bersama Astro Awani dan RTM yang disiarkan semalam.
Berita penuh dan sumber: TheStar
Comments