SM Entertainment berkongsi mengenai kesihatan Red Velvet's Wendy selepas beliau jatuh dari pentas semasa persembahan.
Pada 25 Dec tahun lalu, Wendy jatuh dari pentas semasa berlatih untuk persediaan SBS Gayo Daejeon 2019 di Gocheok Sky Dome di Seoul. Berikutan kejadian tersebut, Wendy cedera di mukanya dan patah tulang di pergelangan tangan serta pelvisnya. Beliau dikejarkan ke hospital sejak itu dan batalkan segala aktivitinya sehingga kini.
Namun pada hari ini, 3 April menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh agensinya iaitu SM Entertainment, beliau kini dibenarkan pulang.
"Kesihatan Wendy semakin pulih dan masih menerima rawatan dari masa ke semasa" Kata agensinya itu.
Semasa berada dalam keadaan hiatus di hospital, Wendy pernah berkongsi keadaannya di media sosial peribadinya untuk peminat-peminatnya sempena Hari Jadinya pada 21 Feb lalu,
Sumber: Soompi
Comments