Kerajaan telah membuat keputusan untuk membuka semula ekonomi malaysia bermula 4 mei ini tetapi sesetengah sektor masih belum boleh menyambung semula perniagaan atau boleh menyambung semula dengan beberapa peraturan dan bersyarat yang ketat di bawah PKP.
Berikut merupakan senarai aktiviti yang masih tidak dibenarkan, tertakluk kepada semakan dari kerajaan:
1. HIBURAN DAN RIADAH
Panggung wayang
Pusat Karaoke
Taman Tema
Muzium
Busking
Pusat Refleksologi
Pusat Hiburan
Klub Malam
2. PERAYAAN, PERARAKAN DAN PERJUMPAAN
Perarakan keagamaan
Perarakan oleh pasukan keselamatan
Perayaan Hari Raya (kecuali keluarga rapat)
3. PERSIDANGAN DAN PAMERAN
Pameran kerja
Persidangan Majlis Kahwin
Pameran Pelancongan
Karnival Jualan
Kesemua persidangan yang melibatkan perhimpunan besar-besaran.
4. PENDIDIKAN
Bersukan semasa sesi persekolahan.
Aktiviti kokorikulum melibatkan perjumpaan.
Sebarang perhimpunan sekolah.
Sebarang acara sekolah yang melibatkan lebih dari 10 orang.
5. SUKAN
Acara sukan yang melibatkan ramai penonton.
Kesemua sukan indoor, termasuk gimansium.
Berenang.
Sukan bersentuhan seperti bola sepak dan bola keranjang.
6. AKTIVITI SOSIAL
Sebarang kenduri.
Sebarang perkahwinan dan ulang tahun.
7. PENGANGKUTAN
Kapal Pelayaran
8. GERAI MAKANAN ATAU PASAR
Bazar Ramadan
Bazar Hari Raya
9. ASRAMA PEKERJA
Menerima pelawat luar.
Bersosial dan bersukan secara berkumpulan.
Solat Berjemaah.
10. PENGENDALI MESIN
Bekerja secara berkumpulan yang melibatkan lebih dari 10 orang.
11. KEDAI PAKAIAN
Bilik salinan (fitting rooms)
12. LAUNDRETTES
Perkhidmatan lipatan
13. KULIAH, SEMINAR, KURSUS DAN LATIHAN. 14. UPACARA PENSIJILAN BAGI INDUSTRI PERTANIAN. 15. SALUN RAMBUT DAN KECANTIKAN. 16. SEKTOR PERBANKAN.
Akitiviti sales dan marketing di tempat awam.
17. PENGURUSAN HUTAN
Eko-pelancongan
Latihan
18. INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN KUARI
Permohonan baru untuk ujian pendek
19. PERTANIAN
Hari bertemu pelanggan
Penjualan bekalan pertanian
Pesta buah-buahan
Kursus dan seminar
Konvokesyen untuk institusi pertanian
20. MEMANCING
Memancing rekreasi
Aktiviti di taman laut
Pameran untuk perdagangan akuarium
21. INDUSTRI KREATIF
Aktiviti penggambaran
Konsert dan aktiviti yang melibatkan penonton
22. KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Acara yang melibatkan artis dan penonton.
23. HOTEL
Kemudahan hotel yang dilarang: Surau, gimnasium, spa, sauna, ruang santai, kolam renang, dewan seminar, bilik latihan, bufet.
Sumber: Malaysiakini
Comments