Menurut kepada Menteri Kanan (Keselamatn), Datuk Seri Ismail Yaakob, terdapat segelintir rakyat yang meletakkan nama sebagai badang, superman, batman dan macam-macam lagi bahkan ada yang tidak menulis nama langsung atau memberi maklumat nombor telefon yang tidak sah.
Tegas Ismail Sabri, tindakan itu bakal mendatangkan kesukaran kepada pemilik premis untuk menghubungi pelanggan sekiranya kes positif COVID-19 dikesan di premis tersebut.
“Kita dah putuskan bahawa hanya perlu nama dan nombor telefon kerana tujuan jika berlaku apa-apa, katakan ada positif COVID-19, kita boleh hubungi mereka yang meninggalkan nombor telefon dan yang datang ke premis tersebut."
“Sebab itu ada sesetengah premis mungkin meminta nama kad pengenalan supaya nama sebenar boleh diketahui. Jadi saya harap pengunjung premis perniagaan tulis nama dan nombor telefon sebenar,” katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.
Sumber: TheStar
Comments