Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin (3 April), kini 4 sekeluarga atau mereka yang tinggal serumah boleh menaiki satu kereta susulan kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini.
Beliau berkata, isu penjarakan sosial tidak timbul dalam kalangan keluarga yang tinggal sebumbung, maka tiada masalah mereka menaiki kenderaan persendirian bersama.
Namun beliau juga sedar bahawa mungkin ada yang cuba membawa kawan yang bukan tinggal serumah, dan jika ini berlaku, mereka akan dikenakan tindakan tegas dan menyuruh semua orang untuk terus patuh kepada Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan.
Namun demikian, Kerajaan Sabah masih belum memberi maklum balas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini.
Sumber: BHarian
Коментари