Sektor ekonomi yang dbenarkan untuk beroperasi secara separa pada PKP fasa 2 & 3 kini boleh beroperasi sepenuhnya bermula esok (Rabu, 29 April).
Walaubagaimanapun, syarikat-syarikat ini harus mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan, kata menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Datuk Seri Azmin Ali (gambar).
"Mereka yang gagal berbuat demikian akan ditamatkan operasi dan tindakan tegas akan diambil dan mereka yang ditamatkan operasi tidak boleh membuat permohonan ke MITI lagi." katanya.
Walaupun kerajaan telah melonggarkan sedikit peraturan, namun kesemua majikan harus mematuhi "new-normal" ini dengan mengamalkan jarak 1m sesama sendiri dan mengikut garis panduan kawalan kesihatan.
Sumber dan berita penuh: TheStar
Comments