Menteri kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sedar akan kemungkinan orang ramai akan memenuhi pasaraya awam berikutan kepada kelonggaran peraturan yang membenarkan 2 orang berada dalam 1 kereta semasa membeli atau mendapatkan barang keperluan.
Dia mengatakan keputusan baru itu diumumkan kerana Putrajaya telah menerima banyak aduan. "Ada yang menghadapi masalah mencari tempat parking sementara ada suami yang perlu menghantar isteri mereka ke tempat kerja jika isteri tidak dapat memandu." katanya.
"Saya dapati dengan peraturan baru ini, berkemungkinan pasaraya akan sesak dengan orang ramai tetapi mengikut kepada pemerhatian saya, kesemua pasaraya awam mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan."
"Untuk mengelakkan barisan yang panjang dan pasaraya sesak, saya cadangkan untuk suami yang menghantar isterinya ke pasaraya untuk tinggal di kereta sementara isteri membeli barang keperluan. "
"Saya berharap kesemua SOP telah diperhatikan kerana kita tak nak melihat pasaraya menjadi sesak semasa PKP masih berkuatkuasa." Beliau berkata pada sidang media di Putrajaya kelmarin.
Sumber: NST
Comments