top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

PKP: Seorang anggota polis menculik dan merogol 2 wanita mongolia semasa bertugas

Updated: Apr 17, 2020

Kejadian yang berlaku di Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat malam (10 April) itu berlaku apabila pegawai polis tersebut mengasingkan 2 wanita mongolia tersebut semasa sekatan jalan raya sebelum membawa mereka ke Hotel tanpa persetujuan mangsa kemudian merogol 2 wanita tersebut selama lebih dari 24 jam.



Mengikut laporan daripada OCPD Petaling Jaya, pembantu kommander Cik Ezanne Mohd Faisal, pihak polis melakukan serbuan kepada beberapa hotel di kawasan tersebut termasuk hotel di mana kedua-dua mangsa berusia 20 dan 33 tahun ini ditempatkan dan secara langsung menyelamatkan kedua-dua mangsa ini yang kemudiannya memberitahu perkara sebenar.



Selepas melakukan siasatan, Pelaku (pegawai polis) tersebut ditahan di lokasi yang berbeza dan beliau merupakan seorang inspektor berusia lingkungan 30-an.


Kedua-dua mangsa dipercayai tiada sebarang dokumen yang sah dan pihak polis akan memohon perintah perlindungan interim kepada kedua-dua mangsa.


"Saya amat sedih dan kecewa terhadap kes ini. Seorang anggota polis yang sepatutnya melindungi hak rakyat bertindak di luar keupayaannya sendiri, kami akan memastikan tindakan tegas diambil menggunakan semua undang-undang yang ada." kata ACP Nik Ezanee.


Sumber: thestar




2,586 views0 comments

Kommentare


bottom of page