Kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan beberapa perniagaan yang terpilih dibuka untuk menjalankan semula akitivi perniagaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini masih berkuat kuasa.
Walaubagaimanapun, Perdana Menteri berkata operasi semula perniagaan ini dijalankan di bawah kawalan PKP dan panduan dari Jabatan Kesihatan.
Berikut merupakan senarai sektor industri yang dibuka:
1. Industri Automatif
(terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya - CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan. contoh: penyelenggaran)
2. Industri mesin dan peralatan.
3. Industri Aeroangkasa
4. Projek-projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan
Projek di mana Kontraktor G1-G2 sebagai kontraktor utama.
Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas.
Kerja-kerja terowong.
Kerja-kerja penyelenggaraan.
Kerja-kerja cerun.
Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak
Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak.
Kerja-kerja lain yang tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya.
Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas.
Projek pembinaan dengan fasiliti/kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti kuarters pekerja berpusat atau kem pekerja.
Perkhidmatan profesional yang terlibat dalam industri pembinaan termasuk arkitek, jurutera perancang bandar, juru ukur tanah, juru ukur bahan, pengurus projek, pengurus fasiliti dan lain-lain berkaitan.
Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D). Hanya terhad kepada: perkhidmatan berkaitan guaman; perkhidmatan berkaitan minyak & gas; aktiviti-aktiviti R&D berkaitan COVID-19; makmal-makmal ujian bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja.
Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar (hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine or TCM practitioneres)
Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.
Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja).
Perkhidmatan dobi (full service dan bukan layan diri.)
Comments