Seorang ibu tunggal berbangsa india, B Lisa Christina meluahkan rasa tidak puas hati setelah apa yang diperlakukan terhadapnya atas kesalahan melanggar perintah PKP.
Kredit foto: Malaysia Kini
Beliau dipenjara 30 hari selepas mengaku bersalah di hadapan hakim atas kesalahan melanggar perintah PKP yang bukan kemahuannya untuk mengaku kesalahan tersebut.
Semasa beliau berada di penjara yang didiami oleh 38 orang termasuk dirinya, di mana kesemua 37 orang adalah warga wanita Indonesia dan hanya beliau adalah orang malaysia di situ, beliau dibuli oleh beberapa warga wanita indonesia tersebut dan diketawakan kerana dipenjara 30 hari hanya dengan melanggar perintah PKP sedangkan mereka sebagai warga asing hanya dipenjara 14 hari di atas kesalahan sama selain tiada permit yang sah.
"Kesalahan saya merupakan yang paling tinggi di dalam penjara dan mereka bertanya mengapa seorang wanita warga malaysia dipenjara 30 hari?" katanya.
Semuanya bermula pada 12 April apabila beliau hanya turun ke kedai membeli botol susu anak dari perumahan flat-nya dan kemudian terserempak dengan jirannya yang merupakan seorang lelaki warga indonesia dan memberinya sebotol susu yang dibelinya, kemudian 2 orang kawannya datang selepas melihat jirannya itu - Dari situ, keempat-empat mereka ditahan oleh pihak polis kerana disangkakan keluar untuk melepak bersama kawan-kawan.
Lisa yang tiada rekod jenayah dan tidak pernah pergi ke balai polis, setuju untuk mengikut pihak polis ke balai polis untuk keterangan lanjut.
Dan apabila beliau sampai di balas polis, beliau disaman RM1,000 tetapi dibebaskan dengan jaminan polis pada malam itu.
Kemudian, dia diberitahu bahawa dia perlu hadir di mahkamah pada 21 April, di mana polis, dan juga peguamnya, mengatakan kepadanya bahawa dia hanya perlu membayar denda RM1,000 sekiranya dia mengaku bersalah.
Namun, setelah dia mengaku bersalah, majistret menjatuhkan hukuman penjara 30 hari kepadanya.
"Saya sangat terkejut ... Saya tidak tahu apa yang salah pada waktu itu. Saya tidak tahu apa yang terjadi ketika itu," katanya.
Pada masa itu, peguam Lisa Rajpal Singh telah mengemukakan bahawa hukuman penjara yang dijatuhkan ke atasnya adalah jelas melebihi batas.
Dia mengatakan majistret telah gagal untuk menganggap bahawa beliau adalah warganegara Malaysia, pesalah kali pertama, tanpa rekod sebelumnya dan bukan penjenayah serius yang sering melanggar undang-undang.
Selain itu, Lisa juga meluahkan rasa tidak puas hati selepas mendapati bahawa anak dan menantu kepada presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi disaman hanya RM800 dan dibebaskan selepas mengaku bersalah dihadapan majistret.
Ikuti berita penuh: malaysiakini
Comments