top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

Petisyen untuk batalkan PKP Bersyarat mencecah 500,000 tandatangan

Sebuah petisyen online memaksa kerajaan untuk teruskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mendapat 500,000 tandatangan tanda setuju.

Petisyen ini diwujudkan setelah Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mengenai beberapa sektor ekonomi dan aktiviti sosial dibuka dan dibenarkan beroperasi bermula 4 mei (esok).


Antara huraian dalam petisyen adalah seperti berikut:


  1. Kami merayu kerajaan Malaysia untuk teruskan PKP dan batalkan PKPB segera.

  2. Kami tidak mahu kesilapan negara lain yang beri kelonggaran/batalkan PKP berulang di Malaysia.

  3. Kami tidak mahu barisan hadapan kami keletihan lagi.

  4. Kami tidak mahu kerajaan tunduk pada golongan kapitalis yang mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan soal kesihatan dan kebajikan pekerja.

  5. Kami masih boleh teruskan PKP demi masa depan negara kami.


Sila klik sini untuk menyuarakan pendapat anda

 

Selain itu, pengurusan blog AwalBah juga sempat mengadakan satu Poll undian mengenai perkara ini dan ini hasilnya selepas 2 hari:

Sebanyak 297 orang memberi respons kepada undian AwalBah, dan 297 orang ini memilih jawapan yang sama iaitu "Teruskan PKP, Batal PKPB."


Bagaimana dengan anda? Adakah anda setuju PKP diteruskan dan PKPB dibatalkan?

Klik sini untuk teruskan undian anda.

26 views0 comments

留言


bottom of page