Ahli-ahli Persatuan Pereka Rasmi Malaysia (MODA) menggunakan kepakaran mereka dalam menjahit seragam baru untuk barisan hadapan hospital demi menyumbangkan lebih banyak PPE (Personal Protective Equipment) kepada hospital.
Kini, MODA tampil untuk memberi bantuan/sumbangan menentang covid-19 ini dengan mengumpulkan seberapa banyak pereka fesyen untuk membantu dalam menjahit seragam baru bagi frontliners hospital seberapa banyak yang mereka perlukan semasa krisis ini.
Di dalam temubual bersama New Straits Times, Melinda Looi juga merupakan pengerusi baru MOBA mengatakan beliau tersentuh apabila mendapat banyak panggilan dan mesej dari pereka-pereka fesyen persatuan tersebut untuk sama-sama menyumbang tenaga di dalam krisis ini.
Bekerjasama dengan FashionValet, Tabung kempen PPE dilancarkan untuk mendapat sumbangan dari orang ramai untuk membeli non-woven bahan bagi standard seragam hospital. Setiap gulungan kain menelan kos RM3,800 yang cukup untuk membina 600 seragam.
MODA juga bekerjasama dengan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) yang akan membantu dalam mengedarkan seragam-seragam tersebut kepada hospital-hospital.
Sumber: asiatatler
Comments