top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

Penyanyi-komposer Indonesia, Glenn Fredly meninggal di usia 44

Glenn Fredly Deviano Latuihamallo, seorang penyanyi R&B dan komposer terkemuka Indonesia meninggal pada Rabu, 8 April 2020 (Petang semalam) di Hospital Setia Mitra di Jakarta Selatan.

Kawan rapatnya dan juga rakan musiknya, Tompi mengesahkan berita itu kepada Billboard Indonesia.


"Berita menyedihkan dari industri musik Indonesia, Gleen Fredly telah meninggal hari ini, 8 April 2020. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 44 tahun. Tompi telah mengesahkan berita ini. Terima kasih di atas kerjaya anda dan selamat tinggal, Glenn Fredly." Kata Billboard Indonesia di Twitter.


Glenn dikatakan meninggal disebabkan keradangan di otak atau meningitis.


Pada awal pagi hari rabu tersebut, isterinya, Mutia Ayu memuat naik gambar dirinya bersama-sama suaminya itu di Instagram mengenai percutian mereka.


dan mengatakan dalam caption "Ketika Gewa sudah dewasa nanti dan mengerti, Gewa pasti akan berkata "Gewa bangga menjadi anak perempuan ayah." Tuhan selalu jaga kami, I love you @glennfredly309 " Anak mereka baru berumur 40 hari.

Glenn Fredly mula menceburi bidang musik pada tahun 1995 selepas memenangi sebuah pertandingan menyanyi pada masa itu. Sejak dari itu, beliau sudah berada dalam bidang musik selama 2 dekad dan menghasilkan puluhan album sebagai artis solo.


Pada tahun 2001, beliau mendapat Anugerah Musik Indonesia dalam kategori R&B dan melancarkan lagu putus-cinta hit-nya "Januari" yang sehingga kini masih popular.


Sejak itu, banyak lagu-lagunya masih bermain di carta indonesia, masih dimainkan oleh peminat-peminatnya seperti "Terserah" dan "Akhir Cerita Cinta".


Glenn bukan sahaja berjaya sebagai penyanyi dan komposer, beliau juga pernah berlakon dalam filem indonesia seperti "Cahaya dari Timur: Beta Maluku" (2014), "Filosofi Kopi" (2015) dan "Surat Dari Praha." (2016).


Sumber: JakartaGlobe


47 views0 comments

Comments


bottom of page