top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

Pengasas cap kipas udang meinggal dunia pada usia 100

JOHOR BAHRU - Pengasas kicap, sos dan seri kaya Cap Kipas Udang, Datuk Lambak Mohamed meninggal dunia pada pukul 9.15 pagi tadi di kediamannya di Larkin Jaya di sini hari ini.

Jenazah Allahyarham Lambak, 100, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kebun Teh kira-kira 12.30 tengah hari tadi, kata cucunya Amiza Abdul Aziz.

“Arwah tiada komplikasi penyakit, malah dia sihat sahaja sebelum ini,” katanya ketika mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.


Lambak meninggalkan balu Datin Rogayah Jusoh, 94, dan 12 cahaya mata.

Produk yang dikeluarkan oleh syarikat Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd sejak 1987 itu, tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di negara ini terutama produk kicap Habhal’s yang menjadi pilihan ramai.- Bernama


Sumber dan Ayat: SinarHarian


18 views0 comments

留言


bottom of page