Seorang Youtuber dari jepun dengan gelaran iChang RM telah memuat naik satu video berdurasi 22:05 min mengenai sebuah video mengenai dirinya dan suami (Jimmy) dalam usaha memasak Nasi Kandar Malaysia dengan hanya melihat resepi di Laman Web dan juga video-video dari youtube.
iChang RM merupakan seorang wanita warga jepun yang kini tinggal di Hong Kong dan sangat suka dengan makanan dan minuman dari Malaysia setelah melawat beberapa kali ke sini.
Video berdurasi 22:05 min tersebut dilihat kesungguhan suami isteri ini dalam mencari resepi-resepi untuk membuat Nasi Kandar dan gelagat yang ditunjukkan pasangan ini sangat mencuit hati kerana berbekalkan google translate untuk menterjemah bahasa melayu ke bahasa inggeris dan perkataan google translate seperti "Doktor" dan "RM1" yang melucukan.
Selain itu, pasangan ini juga bermain "mamak-play" di mana mereka berlakon seperti seorang mamak yang sedang melayan pelanggannya seperti,
"Makan boss"
"Daging hitam"
"Paha ayam"
"Ini ini ini ini."
"Kuah Banjir."
"Bawang."
"Kubis boss"
dan banyak lagi.
iChang RM juga sempat menyediakan hidangan teh tarik kepada suaminya dan bahagian paling menarik apabila mereka cuba membuat serbuk kari "BABA" dengan berbekalkan ramuan seperti cili, lada hitam, bawang, cinnamon dan sebagainya. Hebatnya!
Saksikan video mereka di sini:
Jangan lupa untuk subscribe ke Youtube Channel mereka.
Kredit: iChang RM
Commentaires