Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBS) telah memperketatkan peraturannya kepada rakyat sarawak yang kembali dari semenanjung, sabah dan labuan di mana mereka akan dikuarantinkan di pusat-pusat yang disediakan dan bukannya dikuarantinkan di rumah seperti yang diumumkan sebelum ini.
Ketua jawatankuasa tersebut, Douglas Uggah Embas berkata ujian PCR akan dijalankan selepas hari ke-7 dari tarikh mereka kembali.
"Mereka akan dibenarkan balik ke rumah selepas menjalankan ujian PCR dan didapati negatif kemudian menyambung tempoh kuarantin mereka di dalam rumah" katanya.
Peraturan baru ini diwujudkan apabila terdapat beberapa kes positif dari rakyat sarawak yang kembali dari semenanjung dan dari luar negara. Oleh itu, jawatankuasa ini telah memperketatkan SOP mereka.
Hari ini, Sarawak merekodkan 6 kes positif covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kepada 414.
Dari jumlah 6 orang, 4 orang daripadanya dirawat di Hospital Awam Sarawak manakala 2 orang lagi dirawat di Hospital Bintulu. 105 kes masih disiasat dan 126 orang menunggu keputusan dari ujian makmal. 6 orang telah dibenarkan pulang. Jumlah kematian kekal 14 kes.
Sumber: FreeMalaysiaToday
Comments