JOHOR: Polis menahan 43 individu tempatan selepas dipercayai mengadakan parti liar dalam serbuan di rumah inap di Taman Sri Penawar, Bandar Penawar, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah, berkata semua 32 lelaki dan 11 wanita yang berusia 15 hingga 25 tahun itu ditahan di rumah inap yang disewa dengan bayaran RM144 satu malam.
Katanya, serbuan dilakukan kira-kira jam 2 pagi oleh sepasukan polis dari Balai Polis Bandar Penawar dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.
Kredit foto: BeritaHarian
"Hasil saringan awal air kencing mendapati 31 daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine dan THC (ganja).
"Siasatan mendapati semua tangkapan berasal dari Kota Tinggi dan juga datang dari daerah berhampiran termasuk Johor Bahru.
"Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Kota Tinggi dan direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 20 Mei," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, semakan mendapati empat daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.
Sumber dan Ayat: Bharian
Comentarios