top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

Mencuci menggunakan air adalah lebih baik daripada tisu - Saintis US baru sedar!

Updated: Feb 16, 2020

Bila orang Asia mendengar atau membaca tajuk ini, sudah semestinya tergelak dan hairan mengapa orang barat mengamalkan penggunaan tisu untuk mencuci selepas menggunakan tandas!


Adalah menjadi satu masalah kepada orang Asia apabila melancong ke negara barat disebabkan bilik tandas yang hanya menggunakan tisu untuk mengelap! Haha.


Sejak dari zaman nenek moyang, kebanyakan negara Asia sudah mengamalkan penggunaan air dan sabun untuk mengelap kawasan badan yang digunakan semasa berada di dalam tandas. Dan kebanyakan orang Asia keliru dan bingung mengapa orang di negara barat mengamalkan penggunaan tisu untuk mengelap?


Mungkinkah kerana mereka akhirnya sedar bahawa penggunaan air dan sabun adalah jauh lebih bersih daripada hanya menggunakan tisu?


Yes! Pakar bedah rektum di Bandar New York akhirnya bersuara!


Orang Amerika terkejut apabila Pakar bedah rektum di bandar New York, Dr Evan Goldstein itu mengatakan kepada The Insider semasa acara ButtCon bahawa mencuci menggunakan air sebenarnya adalah lebih ideal untuk membersihkan bahagian badan yang digunakan semasa berada di dalam bilik tandas (walau apa pun "bisnes" anda di dalam tandas. hehe.)


Orang Asia sedar bahawa dengan hanya menggunakan tisu di kawasan tersebut, ianya hanya mengeserkan kawasan tersebut tetapi tidak membersihkan area itu sepenuhnya.


Berlainan dengan menggunakan air dan sabun semasa mencuci, ianya mampu membersihkan area tersebut sepenuhnya dengan teliti. Kemudian selesaikannya dengan menggunakan tisu untuk mengeringkan air pada punggung membuatkan kita berasa bersih, selesa dan segar daripada kotoran.


Dr Evan juga mengatakan bahawa penggunakan tisu yang berterusan di bahagian "itu", boleh menyebabkan kecederaan. Ini kerana bahagian tersebut adalah nipis dan halus, dan penggunaan tisu yang kasar boleh menyebabkan pendarahan apabila digeser.


Sesetengah orang Amerika juga setuju bahawa penggunaan air adalah jauh lebih selesa berbanding kepada menggunakan tisu, terutama kepada mereka yang pernah menjalani pembedahan, melahirkan anak dan mereka yang mengalami masalah sindrom usus.


Saintis mengkaji Kebaikan dan Keburukan menggunakan Air.


Wow! Sekarang air pula nak dikaji samada baik atau buruk untuk digunakan! (*facepalm).


Sepanjang kajian dari Amerika, Kajian kes pada tahun 2009 kepada pesakit yang menjalani pembedahan hemorrihoidectomy mengatakan menggunakan spray air lebih mudah dan memuaskan.


Kajian kes pada tahun 2011 pula mendapati bahawa penggunaan air mengurangkan kesakitan akibat penyakit anorektal dan dengan itu membantu dalam proses pembedahan.


Namun begitu, tidak semua isu penggunaan air adalah positif, Kajian besar dilakukan kepada wanita di jepun dan rata-rata mendakwa bahawa kerap menggunakan air dari bidets boleh menganggu backterial flora normal yang terdapat pada vagina dan menyebabkan jangkitan.


Apa pendapat anda mengenai topik ini? Adakah anda mempunyai pengalaman hanya menggunakan tisu untuk mengelap? :P

19 views0 comments

Comments


bottom of page