top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

Tidur dalam kereta semasa enjin & aircond dipasang akhirnya membawa maut - Ini 3 punca utama

Baru-baru ini Facebook dikejutkan sekali lagi dengan kes baru melibatkan satu keluarga yang meninggal semasa menghentikan kereta di tepi jalan untuk tidur sebentar bagi mengelakkan kemalangan.

Gambar sebenar kejadian.


Kejadian tersebut berlaku pada waktu malam apabila si suami menghentikan kereta di tepi jalan kerana mengantuk dan tidur bersama-sama isteri dan seorang anak lelaki berusia lingkungan 6-7 tahun yang akhirnya menghembuskan nafas terakhir di kereta tersebut dengan keadaan masih berbaring santai.


3 SEBAB UTAMA KEJADIAN INI BERLAKU

  1. Bila engin & aircond hidup tapi kereta tak jalan, udara cuma circulate dalam kereta sahaja. Udara baru hanya akan mengalir masuk kereta dari luar bila kereta bergerak sahaja.

  2. Manusia cuma dapat hirup udara 16% oksigen dalam kereta. Kalau kurang dari itu kita akan lemas dan pengsan. Kalau dah kereta kedap udara dan udara pun circulate di dalam sahaja.. lama kelamaan peratus oksigen akan berkurang dari 16% selepas kita hembus berulang kali udara yang sama dan darah kita tidak boleh terima udara kurang dari 16% oksigen yang akhirnya boleh bawa maut.

  3. Dan ada satu tahap juga, kebocoran exhaust iaitu karbon monoksida masuk ke dalam kereta. Jika di biar kan, lama-kelamaan gas karbon monoksida akan bertamba menyebabkan kita hirup udara beracun yang hanya circulate dalam kereta.

Jadi apa cara kita nak elak benda ni berlaku??

Buka kesemua cermin tingkap kereta sedikit. Kalau ada 4 cermin tingkap bukalah supaya senang angin keluar masuk. Lagi baik tutup engin & aircond juga. Kerana enjin yang terlalu panas juga boleh menyebabkan kematian di dalam kereta atau meletup.

Jadi, ambillah langkah berjaga-jaga, sila pesan kepada orang tersayang dan sentiasa berhati-hati.


Sumber: FB


251 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page