top of page
Writer's pictureMs Okbaitu

VIDEO: "Boyfriend saya meninggal dunia disebabkan COVID-19."

Ketika 2019 hampir berakhir, seorang wanita muda, Niuniu, dan tunangnya, Tongsheng, menantikan masa depan yang cerah. Pada musim bunga, ketika bunga sakura jatuh di Wuhan, pasangan itu akan berkahwin. Mereka sudah mula menabung untuk membeli rumah. Sebulan sebelum hari yang ditunggu-tungu mereka, impian mereka terhenti.

Sebuah dokumentari pendek animasi dari Olmo Parenti, berdasarkan siri WeChat Niuniu, menceritakan kisah yang menghayat hati tentang pertarungan tunangnya, Tongsheng dengan COVID-19. Seperti kebanyakan mangsa covid-19 yang lain, Tongsheng mengalami kesukaran untuk mendapatkan rawatan perubatan. Pada pertengahan Januari, dia meninggal dunia seorang diri di ruang menunggu hospital.

Federica Fruhwirth membawa kepada kisah tragis Niuniu dan Tongsheng ini kepada sebuah animasi yang ringkas dan sederhana bertujuan untuk membiarkan penonton fokus pada penceritaan dan peningkatan dalam peristiwa tragis ini.


Bahagian yang paling mempengaruhi cerita ini adalah surat yang ditulis tunangnya kepada Niuniu, yang ditulis dan ditujukan kepada teman lelaki Niuniu yang akan datang.

Dalam surat tersebut ada mengatakan "Tahniah kerana menjadi teman lelaki Niuniu!". "Saya cemburu kerana anda mempunyai bakat yang sama seperti saya iaitu anda berjaya memikat hati dan bersama dengan wanita paling cantik sekali."


Pernahkah anda mengalami kejadian di mana orang paling anda sayangi telah meninggalkan anda? Bagaimana anda menempuhinya? Kongsi di ruangan komen.


Sumber: theatlantic

76 views0 comments

Comments


bottom of page