top of page
Writer's pictureMr Kadapatan

Majlis rohingya meminta malaysia pertimbang dasar tolak bot pelarian

Duta Majlis Rohingya Eropah ke Malaysia, Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi menggesa Putrajaya mempertimbangkan semula dasar menolak bot dengan pelarian Rohingya daripada memasuki perairan negara.

Ini susulan daripada 2 laporan pihak berkuasa yang menghalang kemasukan bot pelarian Rohingya baru-baru ini dengan kawalan kemasukan lebih ketat akibat covid-19 yang dinyatakan dalam kedua-dua kejadian itu.


"Kami faham akan situasi yang melanda kerajaan Malaysia disebabkan covid-19 namun kami berharap pihak kerajaan malaysia mempertimbangkan dan mengubah fikiran atas dasar kemanusiaan bagi minoriti paling tertindas di dunia menurut kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)"


"Kami meminta kerajaan di rantau asia, khususnya anggota ASEAN, untuk membenarkan mereka mendarat dengan selamat dan segera bersetuju dengan langkah kecemasan bagi mengelakkan satu lagi krisis kemanusiaan sambil bertolak ansur terhadap sekatan covid-19 ke atas mereka" katanya dalam satu kenyataan.


Kenyataan rasmi boleh dibaca penuh di sini.


Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyekat sebuah bot yang membawa kira-kira 200 pelarian Rohingya daripada memasuki perairan negara pada 16 april lalu.


Lebih 740,000 bangsa rohingya melarikan diri ke Bangladesh selepas keganasan yang dilakukan myanmar pada tahun 2017 yang menyebabkan negara itu didakwa oleh mahkamah tinggi PBB di atas perbuatan melakukan pembunuhan beramai-ramai.


Sementara itu, Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM) menggesa PBB dan ASEAN agar memberi tekanan kepada Myanmar untuk menghentikan serangan genosid ke atas bangsa Rohingya dan memberi kewarganegaraan kepada bangsa Rohingya di Myanmar.


"PBB dan ASEAN perlu menjalankan tugas mereka dan menyelesaikan masalah ini secara rasmi. Jika tidak, mereka akan terus menerima bot yang sarat dengan pelarian" kata presiden MERHROM, Zafar Ahmad Abdul Ghani.


Beliau juga seakan mempertikaikan tindakan Penguatkuasa Malaysia menolak bot pelarian Rohingya daripada mendarat di malaysia, serta meminta kerajaan malaysia memberi hak pendidikan yang lebih teratur kepada anak-anak Rohingya.


Ikuti videonya di sini:


Sumber 2: KL Broadcast

39 views0 comments

Comments


bottom of page