Pemimpin korea utara, Kim Jong-un muncul kembali selepas hampir 3 minggu tidak menunjukkan diri selepas beberapa spekulasi menyatakan beliau sakit tenat atau kemungkinan meninggal dunia.
Media dari Korea Utara itu melaporkan bahawa Kim menghadiri upacara pembukaan untuk kilang baja dan menyiarkan beberapa gambar menunjukkan beliau memotong reben sempena upacara pembukaan kilang tersebut pada hari jumaat lalu di Sunchon, Pyongyang utara, walaupun penampilannya itu tidak dapat disahkan.
Khabar angin mengenai kesihatan Kim bermula apabila beliau tidak tampil di depan umum sejak mempengerusikan mesyuarat politburo Parti Pekerja pada 11 April.
Daily NK, sebuah media online yang dibangunkan oleh kebanyakan pembelot korea utara, mengatakan Kim menjalani rawatan kardiovaskluar pada bulan lalu.
Dan terdapat info dari penduduk korea utara yang berkata Kim menjalani rawatan kecemasan disebabkan merokok berlebihan, obesiti dan keletihan.
CNN dari Washington pula mengatakan Kesihatan Kim bertambah teruk selepas pembedahan tersebut.
Kerajaan korea selatan pula menafikan semua spekulasi tersebut dan mengatakan Kim masih hidup dan sihat.
Khabar angin mengenai kesihatan Kim berada di kemuncak selepas Kim tidak munculkan diri pada Hari jadi ulang tahun datuknya pada 15 april yang merupakan satu upacara yang wajib dan penting di dalam kalendar negara bersenjata nuklear itu.
Sumber dan berita penuh: TheStar
Comments