Melody Road, atau “Jalan Berlagu” adalah jalan raya yang mengalunkan lagu apabila kenderaan meluncur di atasnya. Melody Road dikatakan berasal dari Jepun walaupun ianya juga terdapat di negara lain seperti Denmark dan Hungary.
Bagaimana jalan raya ini boleh menghasilkan lagu?
Special “groove” atau garisan panjang dipotong pada permukaan jalan raya di mana ia kemudiannya akan bertindak balas dengan geseran pada tayar kenderaan. Kedalaman dan kelebaran “groove” ini yang menentukan volume dan bunyi yang dihasilkan. Nampak mudah, tetapi ianya memerlukan ketelitian dan ketepatan yang tinggi kerana ada note lagu yang memerlukan jarak groove sekecil 5mm!
Menariknya, Melody Road ini dibina bukan untuk suka-suka. Melody Road ini dibina sebenarnya untuk menggalakkan pemandu memandu mengikut had laju yang ditetapkan, kerana irama lagu dengan tempo yang betul hanya boleh didengar pada had laju yang betul.
Selain itu, Melody Road ini juga dikatakan boleh meningkatkan “alertness” pemandu yang mengantuk yang melalui jalan tersebut. Jalan berlagu mungkin mampu untuk “kejutkan” pemandu yang mengantuk ketika memandu.
Di Jepun, ada 28 lokasi yang anda boleh jumpa Melody Road dan ini sebahagian daripadanya:
When You Wish Upon a Star (Disney Movie) ーGunma Prefectural Road 36 Shibukawa Shimo-Shinden Line
Always With Me (Studio Ghibli Masterpiece, Spirited Away) ー National Route 353 (Gunma)
Fuji no Yama ー Yamanashi Prefectural Road Fuji Kawaguchiko Fuji Line
Sanpo (My Neighbor Totoro) ー Sera, Sera, Hiroshima
Country Road (Studio’s Ghibli) ー National Route 252, Fukushima
Jika berminat nak dengar “live” Melody Road punya lagu, boleh dengar di sini
Comments