top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

Kementerian Pendidikan belum sedia untuk buka sekolah pada April 15 walaupun PKP tidak dilanjutkan

Kementerian Pendidikan belum bersedia untuk membuka sekolah pada 15 April walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dilanjutkan setelah selesai pada 14 April ini, kata timbalan menteri pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Walaubagaimanapun, keputusan muktamad akan diberitahu setelah pengumuman samada PKP dilanjutkan atau tidak.


Beliau berkata Kementerian Pendidikan telah menerima pelbagai cadangan daripada pihak ibubapa dan komuniti mengenai pembukaan semula sekolah pada bulan Jun ini, sementara itu bagi pelajar yang mengambil peperiksaan penting pada tahun ini diteruskan pembelajaraan bersama guru-guru dengan menggunakan teknologi online.


Beliau juga berkata pihak kementerian pendidikan telah berkomunikasi dengan pelbagai pegawai atasan dalam beberapa minggu lepas.


Beliau juga telah mengumpul cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh ibubapa dan badan-badan pendidikan.


Beliau berjanji akan memberi keputusan yang lebih mengutamakan kepentingan pelajar dan juga guru-guru.


Sumber mengatakan sekolah mungkin akan dibuka pada pertengahan bulan depan atau selepas hari raya yang jatuh pada 25 Mei ini.



65 views0 comments

Comments


bottom of page