Bekas pembaca berita, Farit Ismeth Emir, salah satu wajah di televisyen RTM yang terkenal pada awal tahun 1990-an, telah meninggal dunia pada usia 66 tahun.
Farit, menyertai RTM pada tahun 1986 dan beliau juga merupakan suara latar kepada iklan TV popular, iaitu iklan DunHill dengan tagline "Gaya, Mutu, Keunggulan" apabila jenama rokok tersebut dibenarkan untuk mengiklankan video pemasarannya ketika itu.
Farit, yang juga dipanggil "seorang lelaki bersuara emas" adalah pembaca berita tetap dalam rancangan RTM Dunia Jam 10, sebuah bulletin utama sepanjang 1 jam yang mengutamakan berita-berita dari luar negara.
Rakan sekerjanya mengingatinya sebagai Pak Ngah.
Seorang rakan sekerjanya yang selalu muncul dalam rancangan Farit dalam Dunia Jam 10 menggambarkan Farit sebagai kawan sejati.
"Beliau sentiasa memberi nasihat kepada penyampai berita yang baru dan menghulurkan pertolongan apabila diperlukan. Beliau mungkin kelihatan sebagai seorang yang tegas namun hanya kawan yang rapat dengannya saja yang kenal akan perangainya yang lembut dan ramah" kata Harith.
Takziah kepada ahli keluarga beliau.
Sumber: FreeMalaysiaToday
Comments