ESPRIT akan tutup kesemua cawangannya di Asia, kecuali di Mainland China, bermula hujung bulan Jun ini.
Keputusan itu dibuat selepas jualan syarikat ini jatuh sejak 9 bulan lalu dan menjadi semakin teruk pada bulan March lalu disebabkan krisis pandemik COVID-19 yang melanda kemerosotan banyak perniagaan seluruh dunia memaksa syarikat ini menutup kebanyakan cawangannya di seluruh Asia atau mengurangkan kebanyakan perdagangan-nya di pasaran.
Kesemua 56 cawangannya yang terletak di Singapura, Malaysia, Taiwan, Hong Kong dan Macau akan ditutup, kerana keuntungan yang kurang dari 4% perolehan kumpulan sejak 9 bulan lalu hingga march 2020.
Walau bagaimanapun, syarikat tersebut akan terus beroperasi sebagai pemborong dan menjalankan perniagaan bersama-sama dengan jenama-jenama syarikat yang lebih besar.
Syarikat tersebut dikatakan mengalami kerugian di Asia sebanyak 52.2% penurunan dan mengalami kerugian di Eropah sebanyak 22.2% namun mempunyai keuntungan sebanyak 13.9% kenaikan di jualan online.
Cawangan Esprit di Sabah juga sudah tutup. (Sumber: google)
Sumber dan berita penuh: InsideRetailAsia
Comentários