"Kerajaan akan berusaha keras untuk mengembalikan ekonomi malaysia yang terjejas teruk disebabkan oleh pandemik COVID-19 ini dan menjadi agresif dalam menarik pelaburan ke negara ini" kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
"Selepas ini seluruh negara inginkan pelaburan, modal pelaburan dunia sekarang terhad. Jika Malaysia tiak agresif dalam menarik pelaburan dengan cara baru dari segi pendekatan dan insentif, maka kita akan ditinggalkan"
"Kerajaan akan mengambil pendekatan melalui teknologi, jadi ini menuntut kita untuk menerapkan pendekatan baru dalam segala aspek" katanya.
"Sebenarnya, untuk pulih, kita harus cepat. Tetapi di dalam ketangkasan kita memulihkan keadaan, kita harus berhati-hati kerana mungkin ada orang lain yang menjangkaui kita jika kita tidak mempunyai strategi yang betul atau langkah yang betul atau langkah itu tidak efektif atau polisi kita tersasar."
"Kita perlukan rancangan yang betul. Ia memerlukan kebijaksanaan dan keberanian, kita tak boleh mengharapkan sesuatu yang baik akan berlaku, kita perlukan pasukan yang pakar dalam menguruskannya dan kita kena melihat lebih teliti sebelum kita membuat gerakan."
Sementara itu, Perdana Menteri menekankan kepada sektor swasta untuk mengurangkan kos perniagaan di mana ianya boleh diubah jika mereka mula membuat pendekatan secara digital.
Sejak PKP dikuatkuasakan, kerajaan faham akan situasi ekonomi yang terjejas teruk dan menakutkan telah melanda Malaysia disebabkan pandemik covid-19.
"Saya sedar mengenai perkara ini, tetapi ianya lebih penting untuk mengawal pandemik ini supaya tidak tersebar ke seluruh negara menjangkiti beribu-ribu orang atau menyebabkan kematian yang banyak seperti negara-negara yang lain. Kita tak ada pilihan lain." Katanya.
Perdana menteri juga berkata tujuan utama bantuan PRIHATIAN 2020 adalah untuk memastikan bahawa ekonomi malaysia tidak menjadi lebih teruk.
"Sementara kerajaan cuba untuk membantu seorang orang dari wabak ini, kerajaan juga harus memastikan kestabilan ekonomi malaysia dan ianya bukan kerja yang mudah."
"Kerajaan memungut cukai dari aktiviti-aktiviti ekonomi, Jika bisnes terjejas atau jatuh, kerajaan tidak mempunyai dana yang cukup untuk membantu orang yang memerlukannya. Jadi ianya sangat penting untuk menyokong inisiatif dari pelbagai industri dan perniagaan untuk memastikan kestabilan mereka."
Inisitiaf ini termasuk moratorium dan pembayaran pinjaman kata PM.
Untuk perniagaan digital atau bisnes online, beliau berkata walaupun e-commerce sudah berada di Malaysia sejak beberapa tahun, covid-19 mempercepatkan lagi pertumbuhan industri ini.
"Bisnes online, e-commerce sudah berada beberapa ketika di dalam sistem kita tetapi ianya tidak sebesar seperti sekarang, di mana melanggan secara online kini menjadi sebuah trend, dan ini merupakan sebuah trend yang memberangsangkan. "
“Kita harus memastikan ekonomi kita terus maju. Kerajaan sudah mengambil langkah untuk membuka kembali ekonomi secara berperingat dan bersedia untuk memulihkan ekonomi seperti sedia kala ataupun lebih kuat dari sebelum ini. " katanya lagi.
Sumber: Malaysiakini
Comments