Sebuah gempa bumi berskala 6.9 telah tercetus di Laut Banda, Indonesia pada hari rabu (6 mei) seperti yang dilaporkan oleh European Mediterranean Seismological Centre (EMSC).
Gempa bumi itu tercetus di dasar laut sedalam 117km (73 miles). Kesan dari gempa bumi tersebut tidak mengakibatkan bencana Tsunami berlaku di sekitar laut india, kata Penyelia Perkhidmatan Tsunami Indonesia.
Indonesia, yang berada di "Bulatan Api" Pasifik yang aktif secara seismik, sering mengalami gempa bumi dan tsunami yang berbahaya.
Sumber: MalayMail
コメント