top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

COVID-19: Sebatang pen mungkin boleh memindahkan virus

Pada 12 mei lalu kerajaan telah mengumumkan untuk kesemua pemilik kedai/syarikat untuk mendaftar nama dan nombor telefon pelanggan mereka untuk jejak kenalan covid-19.

Gambar Sekadar Hiasan.


Sehubungan dengan itu, kesemua kedai, pasar raya, bakeri, restoran, kedai hardware, elektronik dan banyak lagi syarikat yang berdaftar untuk menyediakan buku pendaftaran mereka dan meminta kesemua pelanggan mereka yang datang untuk menulis informasi mereka di dalam buku.


Dalam beberapa kedai yang popular, pastinya ia menyebabkan barisan yang panjang untuk tunggu giliran menulis maklumat mereka, satu demi satu menulis nama mereka di dalam buku atau kertas menggunakan pen yang disediakan oleh pemilik kedai.

Untuk mengelakkan jangkitan covid-19 pula, kesemua rakyat diminta elakkan bersalaman tangan agar jangkitan tidak dipindahkan antara satu sama lain.


Sekarang cuba bayangkan apabila individu yang berkemungkinan dijangkiti covid-19 yang membawa virus di tangan mereka akhirnya memegang pen tersebut dan kemudian tak sampai 1-2minit orang dibelakang barisan pula yang memegang pen tersebut dan banyak lagi individu lain memegang pen yang sama.


Berkemungkinan pemindahan virus tersebut kepada orang lain sangat tinggi.

Masihkah anda ingin berita mengenai seorang wanita dari america yang dijangkiti virus walaupun duduk dalam rumah dan langsung tak keluar? Dipercayai pemindahan virus tersebut berlaku pada barangan dapur yang dihantar di depan rumah beliau. Klik sini untuk berita penuh.

Gambar Sekadar Hiasan.


Sekarang bayangkan jika ianya pasaraya yang dilawat 500-1000 orang setiap hari, berkemungkinan kita dijangkiti covid-19 dan wujudkan kluster baru adalah tinggi.


Bak kata pepatah "sebuah pen lebih berkuasa dari sebilah pedang". Dalam kes ini, sememangnya sebuah pen boleh menyebabkan ratusan orang dijangkiti.


Apa yang pemilik kedai harus lakukan untuk mengurangkan pemindahan jangkitan ini?

  1. Sanitise tangan pelanggan sebelum menggunakan pen.

  2. Sanitise tangan pelanggan selepas menggunakan pen.

  3. Sanitise kedua-dua tangan pelanggan dan pen tersebut setiap kali digunakan.

  4. Pelanggan bawa pen sendiri.

  5. Pekerja yang ditugaskan di kaunter pendaftaran menulis nama pelanggan.

  6. Pemilik kedai menggunakan alternatif lain selain menggunakan buku, iaitu dengan menggunakan QR Code dan isi borang online (google form).

Kandungan alkohol dalam sanitiser haruslah mempunyai 70% ke atas dan disahkan oleh Jabatan Kesihatan. Ianya digalakkan untuk kandungan sanitise berada di tangan anda atau pen sekurang-kurangnya 30 saat.


Pendapat atau pandangan dari:

Dr John Teo, Dr Amar-Singh HSS dan Dr Timothy William.


Sumber dan berita penuh: FreeMalaysiaToday

152 views0 comments

Comentarios


bottom of page