top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

COVID-19: Raja Bomoh kembali lagi dengan memagar seluruh dunia daripada Virus ini!

Siapa yang tak mengenali dengan "Raja Bomoh" ini atau nama sebenarnya adalah Ibrahim Mat Zin yang pernah viral seluruh Malaysia disebabkan oleh cara ritual rawatannya yang menggunakan teropong ajaib dan buah kelapa nya. Kini dia kembali sekali lagi untuk "memagar" virus ini di seluruh dunia selepas kes terakhirnya pada Pilihan Raya Umum (PRU-14) yang lalu.

Pagar seluruh dunia dari COVID-19

Sangat mengelikan hati apabila kali ini raja bomoh menggunakan model bumi untuk memagar COVID-19 dari terus merebak ke seluruh dunia dan teropong ajaibnya masih digunakan dalam ritualnya.

Ramai yang geli hati dengan tindakan Raja Bomoh ini seolah-olah ianya hanya satu lakonan hiburan gila-gila namun ramai juga orang yang tak senang hati melihat tindakan raja bomoh ini seakan-akan dia mempersendakan isu serius yang melanda dunia ini.


Video ini dikongsi menerusi Facebook Page "Sultan Melaka" dan telah ditonton melebihi 144 ribu orang sejak di-upload pada 19 Mac lalu.


Di dalam video tersebut, Raja Bomoh turut meningatkan pada rakyat agar patuh kepada perintah Perdana Menteri untuk duduk diam dalam rumah demi keselamatan masing-masing.

Dia juga mengharapkan agar penyakit berjangkit COVID-19 ini akan hilang dan keadaan pulih dalam masa terdekat ini.


Beliau pernah membuat kejutan kepada negara beberapa kali sebelum ini dengan mengadakan ritual bagi tujuan tertentu dengan berbekalkan buluh kecil sebagai teropong ajaibnya, buah kelapa, meriam buluh sebagai "senjata" bomohnya kepada beberapa kes seperti Pilihan Raya ke-14, melindungi malaysia dari ancaman korea utara dan sebagainya.


Beliau pernah ditangkap sebelum ini dan mengaku ajarannya melanggar akidah islam dan berjanji tidak akan menggunakan nama Raja Bomoh selepas diancam merosakkan agama islam.


Namun, kini sekali lagi - Selamat kembali! Haha..



19 views0 comments

Comments


bottom of page