Menurut kepada CNN Tokyo, seorang pelakon komedi terkenal jepun, Ken Shimura telah menghembus nafas terakhirnya pada 29/3/2020 (Ahad) selepas disahkan menghidap wabak covid-19.
Dilaporkan, Shimura menunjukkan simptom keletihan dan menderita gejala seperti penumonia. Beliau kemudian dimasukkan ke hospital pada 23 Mac sebelum disahkan positif wabak covid-19 pada hari yang sama.
Ken Shimura memulakan kerjayanya sebagai pelakon pada tahun 1974 selepas mengikuti sebuah kumpulan komedi, Drifters. Beliau sehingga kini masih menambat hati para peminatnya di jepun malah juga luar negara. Beliau mula terkenal di seluruh jepun semasa tayangan "Mustache Dance" yang seiras dengan Charlie Chaplin.
Kematiannya sangat dirasai oleh rakyat jepun, pelakon-pelakon dan kebanyakan rangkaian-rangkaian televisyen yang pernah bekerjasama denganya. Kehilangannya merupakan satu kerugian besar bagi negara itu.
Setakat ini, jepun merekodkan 173 kes baru pada Ahad lalu dan 68 daripadanya adalah di daerah Tokyo.
Comments