Mengambil kira kes kematian yang berlaku di malaysia iaitu sebanyak 61 orang setakat ini dan jumlah kes positif yang semakin meningkat setiap hari, Pakar Kesihatan Awam beranggapan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) harus dilanjutkan bagi menyekat penularan wabak covid-19 dan ini merupakan satu-satunya langkah terbaik untuk sekaligus menamatkan jangkitan wabak ini dari terus merebak.
Presiden Persatuan Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail berkata pihaknya menyokong PKP diteruskan untuk beberapa minggu lagi. Katanya, tanpa PKP, usaha kerajaan untuk mengekang wabak berkenaan untuk terus merebak akan menjadi sia-sia dan sukar dilakukan jika dilihat kes positif wabak ini meningkat demi hari.
Beliau turut berkata bahawa terdapat kira-kira 8,000 rakyat malaysia yang akan balik ke malaysia pada pertengahan bulan ini dan risau akan berlaku gelombang ketiga seperti yang dilaporkan. Lagipun sejak PKP dilaksanankan, orang ramai masih diberi kelonggaran untuk bergerak keluar rumah atau ingin pergi daerah ke daerah dengan syarat dapat keizinan dari pihak polis.
PKP yang sepatutnya berakhir pada 14 april ini akan dibincangkan semula oleh kerajaan samada ingin teruskan atau tidak dan dilaporkan akan diumumkan pada 10 april ini.
Sementara itu, Dr Suhainizam Muhamad Saliludin selaku pakar kesihatan awam dan persekitaran mengatakan langkah melanjutkan PKP adalah amat wajar berikutan masih ada kes jangkitan baru dilaporkan setiap hari.
Pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) mengatakan "Selagi ada kes baru, saya fikir PKP perlu diteruskan. Ini membabitkan soal keselamatan negara".
Sumber: bharian
Comments