Ketua pengarah kesihatan kita iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah terpilih untuk bersama-sama mengkaji dan perangi wabak covid-19 dengan saintis-saintis dunia.
Noor Hisham merupakan salah seorang penandatangan dan ahli gabungan penyleidikan klinikal covid-19 tersebut.
Noor Hisham memaklumkan kepada KKM dan berasa bangga dan gembira dapat menyertai gabungan yang berusaha mencari penyelesaian yang boleh membawa penamat kepada kejadian yang menghantui penduduk dunia pada waktu ini.
"Gabungan ini menggalakkan lebih banyak kolaborasi global dan mendorong keupayaan saintifik kami untuk melawan pandemik ini" katanya di dalam satu kenyataan.
Selain dari saintis, gabungan ini juga terdiri daripada pakar perubatan, penderma dan pembuat dasar dari lebih daripada 70 institusi dari lebih 30 buah negara.
Penandatangan lain termasuk profesor Universiti Kesihatan dan sosial-sosial Kolokotrones di:
Sekolah perubatan Harvard, Paul Farmer,
Ketua pengarah institut Pasteur di Perancis, Stewart Cole,
Saintis kanan Universiti Oxford, Philippe J Guerin.
Sumber: AstroAwani
Comentários