WASHINGTON: "Vaksin tidak akan ditemui" kata seorang saintis terkemuka Amerika yang terlibat dalam penyelidikan inovatif berkaitan kanser dan HIV/AIDS.
Gambar sekadar hiasan
"Saya tidak meletakkan harapan (vaksin akan ditemui)," kata William Haseltine kepada Reuters.
Sebagai alternatif, Haseltine mencadangkan negara-negara agar menyediakan Standard Operating Procedures (SOP) bagi negara yang telah melonggarkan perintah berkurung atau perintah kawalan untuk mengurangkan kadar jangkitan bagi mengawal penyebarana wabak ini.
Pendekatan itu terbukti berhasil di beberapa negara yang berjaya meminimumkan penyebaran, namun sentiasa berwaspada kerana jumlah masih terus meningkat di seluruh dunia.
Banyak pihak kini berusaha untuk membangunkan vaksin, antaranya Oxford University, selain sebuah firma yang berpangkalan di Massachusetts, Amerika Syarikat yang memaklumkan peringkat pertama ujian terhadap vaksin yang dihasilkan adalah gagal setelah masih disahkan positif setelah vaksin tersebut gagal melindungi selaput lendir pada hidung, yang merupakan jalan utama virus tersebut masuk ke tubuh badan.
Banyak ujian lain telah dijalankan bukan sahaja di Amerika syarikat bahkan negara-negara maju yang lain juga masih gagal dalam menghasilkan vaksin yang betul.
"Harapan kini terletak pada cara kita mengawalnya." katanya.
Sentiasa memakai topeng, mencuci tangan, membersihkan permukaan yang dipegang dan melakukan penjarakan sosial. Kerana tanpa rawatan atau vaksin, virus ini masih dpat dikawal dengan cara mengenal pasti jangkitan, mencari dan mengasingkan individu yang telah dijangkiti.
Rumusan dari Sumber: AstroAwani
Comentários