top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

COVID-19: Merentas negeri - 971 positif, 18 kluster baru.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 971 kes positif COVID-19 atau kira-kira 14.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 mempunyai sejarah merentas negeri.

Gambar Sekadar Hiasan.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 18 kluster daripada jumlah keseluruhan 49 kluster yang pernah dicatatkan, juga berkaitan dengan aktiviti merentas negeri.

"10 daripada kluster-kluster itu masih aktif," katanya pada sidang media harian, di Putrajaya hari ini.


Beliau berkata, Kementerian Kesihatan khuatir dengan peningkatan pergerakan dan perjalanan individu merentas negeri, terutamanya menjelang perayaan yang bakal tiba.

"Kementerian Kesihatan menghargai usaha dan berterima kasih atas tindakan penguatkuasaan oleh pihak polis bagi memastikan pematuhan masyarakat kepada syarat-syarat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat terus kekal tinggi.


"Bagi mereka yang dapat kebenaran PDRM untuk merentas negeri, jangan alpa. Patuhi SOP demi keselematan diri dan keluarga. Larangan merentas negeri ini bukanlah untuk menyusahkan kita tapi untuk keselamatan dan kesihatan semua."


"Kehidupan seharian kita tidak lagi sama seperti sebelum ini. Ini hakikat yang kita semua perlu terima. Tradisi balik kampung menyambut aidilfitri setiap tahun yang telah menjadi sebahagian budaya masyarakat malaysia tidak dapat diteruskan tahun ini."

"Kita sedang berhadapan musuh senyap dan tidak kelihatan. Ini adalah realiti kehidupan yang kita perlu tempuhi sekarang. Tiada pilihan lain. "


Selain menasihat orang ramai agar patuhi nasihat dan bantuan yang telah diberikan kerajaan.


Sumber: CPRC & Ayat: BHarian

84 views0 comments

Comentários


bottom of page