top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

COVID-19: Kluster baru dikesan di Kuantan, Pahang

Menurut kepada Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah terdapat kluster baru setelah salah seorang daripadanya disahkan positif covid-19.



Kluster ini melibatkan 20 individu, 14 orang daripadanya dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang.


2 individu dari kluster ini telah sembuh dan 3 daripadanya berada di unit kawalan rapi (ICU).


Seorang dari kluster ini (Pesakit ke-1,575) mati pada 3 April lalu.


3 daripada kluster ini pula merupakan pekerja kesihatan.


Beliau berkata kes ini bermula apabila Pesakit ke-4,684 melancong ke Bali, Indonesia dan berinteraksi dengan pesakit ke-1,575 yang merupakan adik-beradik.


Dari kes ini, pesakit ke 1,575 menjangkiti 7 orang lain yang kemudiannya menjangkiti 11 orang yang lain.


Noor Hisham juga berkata 339 kenalan yang rapat - termasuk 202 pekerja kesihatan - telah dikenal pasti dari kluster ini dan diuji untuk Covid-19.


Sementara itu, Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan hanya mengenal pasti kumpulan kluster jangkitan Covid-19 yang besar dan terdapat kira-kira 25 kluster utama atau sub-kluster secara keseluruhan.


Beliau berkata 40% pesakit covid-19 adalah datang daripada kluster Sri Petaling, Selangor.


Sumber utama: malaysiakini


65 views0 comments

Comments


bottom of page