top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

COVID-19: China memberi bantuan US$2bil selama 2 tahun & berjanji berkongsi vaksin kepada dunia

BEIJING (China Daily): China mengumumkan pada isnin (18 mei) bahawa negara tersebut akan memberi US$2billion selama 2 tahun untuk membantu dalam membendung virus pandemik COVID-19 serta membantu ekonomi dan pembangunan bagi negara yang terjejas teruk terutama kepada negara yang membangun.

Sumber gambar: TheStar


Presiden Xi Jinping membuat pengumuman itu semasa berucap di acara pembukaan virtual sesi ke-73 World Health Assembly (WHA), iaitu sebuah organisasi di bawah naungan World Health Organization (WHO).


Pandemik ini telah menjejaskan 7 billion orang dan membunuh 300,000 nyawa seluruh dunia.


Memandangkan negara-negara membangun, terutama negara-negara Afrika, memiliki sistem kesihatan awam yang lebih lemah, Xi mengatakan bahawa menolong mereka untuk membangun harus dijadikan fokus utama.

Dia meminta dunia untuk memberikan lebih banyak sokongan material, teknologi dan sokongan peribadi untuk negara-negara Afrika.


Xi mengatakan bahawa China akan mewujudkan mekanisme kerjasama agar hospitalnya dapat disatukan dengan 30 hospital di Afrika dan mempercepat pembangunan markas Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Afrika untuk membantu meningkatkan persediaan dan kemampuan untuk mengawal pandemik ini.


Sejak wabak itu berlanjutan, China telah meghantar sejumlah besar bekalan perubatan dan bantuan ke lebih dari 50 negara Afrika dan persatuan Afrika, dan lima pasukan pakar perubatan China juga telah dikirim ke benua tersebut.

Xi juga mengatakan bahawa China bersedia untuk bekerjasama dengan masyarakat sedunia untuk meningkatkan sokongan terhadap negara-negara yang paling menderita di bawah tekanan hutang yang paling besar agar mereka dapat diberi bantuan di masa yang sukar ini.


Dengan tindakan virus yang masih aktif in, presiden menekankan bahawa tugas yang paling mendesak adalah melakukan usaha sepenuhnya dalam kawalan dan rawatan Covid-19.

"Kita harus selalu mengutamakan rakyat, kerana tidak ada yang lebih berharga di dunia daripada kehidupan manusia," katanya, menyeru agar langkah-langkah kuat diambil untuk membendung penyebaran virus secara global.


Sumber dan berita penuh: TheStar

104 views0 comments

Comments


bottom of page