top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

CIMB beri jawapan diatas masalah "Direct Debit"

Hari ini, warganegara kita dikejutkan dengan masalah yang datang dari CIMB, iaitu pemotongan "Direct Debit" dari beberapa akaun peribadi sesetengah orang. Ramai yang mengadu di laman rasmi CIMB, twitter dan juga facebook rasmi CIMB di atas kejadian yang tidak munasabah ini.

Menurut kepada perkongsian sesetengah netizen, transaksi penolakan ini sudah berlaku sejak beberapa hari lalu, ada yang 3 hari berturut-turut.


Ini merupakan beberapa post yang dikongsi oleh netizen yang tak puas hati:


Ini merupakan contoh pemotongan "Direct Debit" tersebut:

Walaubagaimanapun, menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh facebook page rasmi CIMB Malaysia mengenai insiden ini, pihak bank ini mengatakan itu merupakan transaksi yang tidak lengkap yang dibuat oleh pelanggan dengan peniaga luar negara seperti langgagan atau perhidmatan penstriman dalam talian.

Apa yang membuatkan ramai pelanggan keliru adalah transaksi tersebut dilabel sebagai direct debit dan sesetengah netizen keliru bahawa jika benar jumlah transaksi dan jumlah langganan tak sama dan sesetengah dari mereka mengatakan tiada membuat apa-apa langganan atau tidak pernah aktifkan kad debit untuk sebarang transaksi. CIMB turut meminta maaf atas sebarang kekeliruan dari pihak mereka dan mereka akan menghubungi secara terus kepada pelanggan yang terbabit dengan insiden ini.


20 views0 comments

コメント


bottom of page